Halaman

iPhone 3G S gajet terbaru



Bagi mereka yang bercadang memiliki telefon iPhone 3G keluaran Apple Inc., mungkin anda perlu menangguhkan sedikit masa lagi kerana syarikat itu telah mengumumkan model terbaru telefonnya dikenali sebagai iPhone 3G S.

Menurut Apple, model terbaru itu yang menggunakan singkatan 'S' di hujung nama modelnya merupakan singkatan 'speed' yang akan memberikan tempoh dua kali ganda lebih pantas untuk pengguna melancarkan aplikasi, membuka laman web atau membuka lampiran e-mel.

Ia juga akan memberikan peluang kepada anda mengambil gambar dengan resolusi 3 megapiksel, merakam video dengan mudah, jangka hayat bateri lebih lama dan kawalan menggunakan arahan suara.

iPhone 3G S yang menggunakan sistem operasi iPhone OS 3.0 menawarkan lebih 100 ciri-ciri baru seperti fungsi Cut, Copy and Paste, MMS, Spotlight Search, papan kekunci melintang dan sebagainya.

Di Amerika Syarikat, model terbaru ini ditawarkan dengan harga yang sama bagi model iPhone 3G sebelum ini iaitu AS$199 (RM712) untuk model 16 Gigabait (GB) dan AS$299 (RM1,064) bagi model baru 32GB.

Sempena pelancaran model baru itu, Apple juga mengumumkan harga iPhone 3G sedia ada diturunkan kepada AS$99 (RM356) sahaja.

"iPhone 3G S merupakan telefon yang paling berkuasa untuk Apple dan ciri-ciri barunya akan menarik pengguna," kata Naib presiden kanan, Pemasaran Produk Dunia, Apple, Philip Schiller.

Telefon ini menggunakan sistem grafik OpenGL ES 2.0 standard untuk menawarkan grafik 3D terbaik dan menjadikan permainan di dalam telefon lebih menarik dan pantas.

Selain ciri-ciri tambahan itu, model ini tidak mengabaikan fungsi utamanya iaitu sebuah telefon bimbit dengan menyokong sistem 7.2 Mbps HSDPA untuk rangkaian 3G yang lebih laju.

Bagi kameranya, ciri autofokus memudahkan pengguna untuk fokus, mendapatkan pendedahan cahaya dan kontras terbaik, termasuk ketika mengambil gambar dekat atau mikro.

Anda juga boleh merakamkan klip video berkualiti tinggi dengan terus mengeditnya pada iPhone 3G dengan mudah.

Fungsi baru kawalan suara yang terdapat dalam model ini membolehkan anda hanya perlu menyebut nama atau nombor telefon kepada mikrofon telefon untuk mendail rakan.

Ia juga membolehkan anda mengarahkan telefon itu memainkan muzik, menghentikannya, memainkan lagu lain dan sebagainya.

Bagi yang kerap mengembara, memiliki kompas adalah satu keperluan terutama bagi yang beragama Islam kerana mereka ingin mengetahui arah kiblat apabila berada di tempat baru.

iPhone 3G S mempunyai kompas digital terbina di dalamnya dan kompas itu boleh menunjukkan ke mana arah anda menuju dan dengan GPS terbina dalam, anda boleh mengetahui kedudukan anda.

i-Mobile perluas fungsi teknologi telefon bimbit

SYARIKAT pembekal telefon bimbit, Smart I-Mobile Public Company Limited mengalu-alukan sokongan daripada rakan kongsi serta pengedar untuk mengedarkan produk mereka.

Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut mengumumkan perluasan rangkaian pasarannya ke beberapa negara seperti Brazil, negara Eropah Barat dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menerusi penumpuan kepada beberapa strategi.


Strategi berkenaan melibatkan beberapa aplikasi teknologi moden yang mula diperkenalkan seperti keunggulan paparan imej pada skrin, kesan bunyi menarik, mod kad SIM dual, skrin sesentuh mudah serta mengetengahkan piawaian perkhidmatan berkualiti .

Sebagai implementasi kepada kesemua teknologi tersebut, syarikat itu telah memperkenalkan lapan model terbaru untuk telefon bimbit mereka iaitu i-mobile 106C, i-mobile 232CG, i-mobile TV536, i-mobile TV620, i-mobile TV628, i-mobile TV638CG, i-mobile TV550 Touch dan i-mobile TV650 Touch.

Memegang moto Merealisasikan Keperluan Anda, fokus utamanya lebih diberikan kepada kualiti produk yang diselaraskan bersama kandungan aplikasi mobiliti mudah alih serta perkhidmatan pelanggan terbaik.

Presiden Samart I-Mobile Public Company Limited, Thananan Vilailuck berkata, pihaknya menyasarkan penjualan melebihi lima juta unit telefon bimbit tahun ini dengan 2.7 juta untuk pasaran domestik dan 2.3 juta untuk pasaran antarabangsa.

''Menerusi strategi baru ini, kami sangat yakin mencapai pasaran jualan seperti yang disasarkan

''Dari segi reka bentuknya pula, kami telah berkerjasama dengan Celebrum Design bagi menjalankan kajian penghasilan rekaan unik untuk semua model telefon bimbit I-mobile,'' katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Samart I-Mobile Public Company Limited, Jong Diloksombat berkata, dalam usaha membekalkan pelanggan dengan perkhidmatan terbaik, pihaknya sedang meningkatkan keupayaan pelbagai rangkaian operasinya seperti kedai i-mobile, francais dan pelaburan dalam pasaran.

Maklumat lanjut mengenai kesemua telefon bimbit tersebut boleh diperoleh di laman web www.i-mobilephone.com.

Adakah MMS masih relevan?

Sejak diperkenalkan kira-kira lapan tahun lalu, khidmat pesanan multimedia atau nama singkatannya MMS mula mendapat tempat di hati pengguna selepas teknologi menghasilkan khidmat pesanan ringkas (SMS) beberapa ketika sebelumnya.


MMS mula menjadi kegilaan pengguna terutama remaja kerana mampu menghantar foto kepada rakan atau keluarga tapi ia cerita beberapa tahun lalu. Adakah MMS masih relevan pada masa kini?

Fungsi MMS membenarkan penghantaran imej, bunyi dan video boleh dikatakan pembaharuan moden yang patut dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna sekurang-kurangnya ia mampu menambah nilai positif dalam teknologi.

Kelebihan MMS yang boleh memuatkan format tertentu memberi kelebihan dalam telefon bimbit pengguna. Antara format yang disediakan termasuk:

1. Teks (jenis tulisan, warna dan lain-lain).

2. Imej (JPEG, GIF)

3. Audio (MP3, MIDI)

4. Video (MPEG)

Ia menjadi kesinambungan protokol SMS namun pastinya, ia lebih praktikal berbanding khidmat berasaskan teks yang hanya mempunyai kadar kandungan maksimum 160 bait.

Perlu diingatkan, mesej MMS tidak mengehadkan saiz fail namun memerlukan rangkaian Generasi Ketiga (3G) bagi membolehkan sesuatu khidmat multimedia dihantar kepada pengguna telefon bimbit.

Tidak dinafikan, ketika fenomena MMS melanda Malaysia suatu ketika dulu, telefon bimbit penulis pun tidak henti-henti menerima foto setiap hari sehingga memenuhkan 'inbox'.

Itu tidak termasuk iklan daripada pelbagai syarikat yang menggunakan servis MMS sebagai medium pengiklanan mereka.

Namun, ia masih tenggelam dengan kehebatan SMS yang lebih digemari sehingga sekali lagi membangkitkan persoalan, mana perginya fenomena MMS di Malaysia?

Mengulas mengenai isu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata MMS masih relevan di mata pengguna negara ini, tapi kebanyakan mereka tidak menyedari fungsi itu pada telefon bimbit mereka.

"Tidak dinafikan, MMS tidak begitu popular di kalangan pengguna kerana kurangnya kesedaran mengenainya.

"Tambahan pula, masih terdapat lagi isu ketika konfigurasi telefon bimbit masing-masing yang dikatakan melecehkan sehingga menyukarkan mereka membuat tetapan pada peranti," katanya.

Menurut Shazalli, masalah telefon bimbit sering dipersalahkan apabila pengguna tidak dapat menghantar MMS kepada rakan lain.

"Selain itu, MMS mengehadkan telefon bimbit tertentu untuk ditetapkan," kata Shazalli.

Bagaimanapun, Celcom melihat masalah yang berlaku kepada MMS menyamai SMS apabila ia mula diperkenalkan di pasaran kira-kira lima hingga enam tahun lalu.

"Ia mungkin bergerak perlahan di kalangan pengguna tapi ia boleh beransur pantas dan meningkat dari semasa ke semasa seperti yang dialami SMS satu ketika dulu," katanya.

Menurutnya, MMS masih relevan untuk diaplikasikan pengguna dengan pertambahan bilangan MMS dihantar setiap hari.

"Celcom melihat perkembangan ini sangat konsisten dengan aliran remaja masa kini yang banyak berkongsi foto menerusi rangkaian sosial. Dengan menggunakan servis MMS, ia boleh direalisasikan dengan mudah," ujar Shazalli.

Shazalli berkata, fungsi MMS yang masih relevan turut didorong usaha pengeluar telefon bimbit menghasilkan peranti dengan keupayaan MMS memungkinkannya diperluaskan di kalangan masyarakat.

"Kita melihat fenomena MMS akan melonjak sebaik musim perayaan seperti Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina mahupun Hari Ibu tiba apabila jumlah penghantar atau penerimanya bertambah berbanding hari biasa," katanya.

Beliau menjelaskan, Celcom memiliki beberapa program berkaitan perkhidmatan MMS yang mendapat maklum balas baik daripada pengguna.

"Menurut perangkaan, penggunaan MMS meningkat di kalangan rakan dan keluarga sebagai medium perhubungan, contohnya apabila mereka menjadi pelanggan Pelan Celcom 1+5 yang mana pengguna mampu menikmati beberapa kelebihan.

"Antaranya panggilan, panggilan video, SMS dan MMS percuma untuk dihantar kepada lima ahli keluarga lain," jelasnya.

Tambahnya, pelan sama menawarkan penetapan kepada telefon bimbit secara 'default' yang memudahkan.

"Kami mendapati remaja gemar menggunakan MMS untuk menghantar mesej panjang yang digabungkan secara automatik dalam satu MMS bergantung kepada model telefon bimbit tertentu," katanya.

Ketika mengulas mengenai peluang perniagaan untuk syarikat telekomunikasi menerusi MMS, Shazalli berkata ia menjadi salah satu segmen penting untuk setiap organisasi dengan potensi yang luas pada masa akan datang.

"Setiap syarikat telekomunikasi boleh menjana pendapatan dengan menawarkan khidmat MMS kepada pengguna," katanya.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Data Termaju, DiGi, Darren Poon Meng Wei, berkata penggunaan MMS mula meningkat secara konsisten kerana pengguna mula menyedari kelebihan yang boleh dimanfaatkan.

"Pengguna MMS semakin bertambah kerana mereka sedar bahawa khidmat terbabit kaya dengan kandungan jika dibandingkan dengan SMS," katanya.

Menurutnya, pertambahan pengguna MMS didorong kemudahan kandungan multimedia yang meningkat serta pengeluaran telefon bimbit dengan sokongan MMS di pasaran.

"Kami menjangkakan masyarakat di negara ini mampu membawa pasaran kepada keuntungan sekitar 60 hingga 70 peratus berbeza pada 2008 apabila semakin ramai pengguna melanggan perkhidmatan ini," kata Poon.

Beliau turut mengakui perkhidmatan MMS tidak setanding penggunaan SMS, namun percaya ia masih relevan di kalangan rakyat berdasarkan pertambahan penghantaran mesej sebanyak 30 peratus pada 2008 berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, jurucakap Maxis memaklumkan, penggunaan MMS di kalangan penggunanya masih tinggi dan popular ekoran faedahnya yang boleh memberikan ekspresi kepada masyarakat.

"Tentunya ia masih relevan di kalangan rakyat terutama kepada pelanggan Maxis kerana mereka boleh menghantar serta menerima foto atau video selain memindah turun kandungan," katanya.

Maxis melihat perkembangan MMS sebagai memberangsangkan apabila bilangan pengguna yang menghantar foto setiap hari meningkat dari semasa ke semasa.

"Mengikut rekod kami, satu daripada lima pelanggan Maxis adalah penghantar MMS secara aktif setiap tahun dan sehingga kini, kami mempunyai kira-kira dua juta pengguna MMS," katanya.

Maxis turut mengakui lonjakan MMS tidak begitu mendadak ekoran fungsi telefon bimbit yang belum menawarkan ciri untuk khidmat terbabit pada satu ketika dulu.

"Bagaimanapun, kita menyaksikan pengeluar peranti itu memulakan usaha bagi memastikan semua model di pasaran dilengkapi penetapan untuk MMS," katanya.

Menurut jurucakap terbabit, selain segmen pengguna, MMS membantu perniagaan berkomunikasi dengan kaedah menawarkan promosi kepada pelanggan serta rakan kongsi mereka.

"Dari satu sudut perspektif, MMS penting untuk generasi pengguna mudah alih masa depan terutama untuk ekspresi diri dan berkomunikasi," katanya.

Katanya, teknologi semasa mendefinisikan gaya hidup pengguna terutama selepas kehadiran kamera pada telefon bimbit yang menjadikannya ciri penting kepada kebanyakan pemiliknya.

Tidak kira Celcom, DiGi atau Maxis, ketiga-tiganya bersetuju generasi muda adalah pengguna MMS yang disasarkan memandangkan celik teknologi maklumat (IT) mereka seiring perjalanan hidup moden kini.

Namun, ia sepatutnya dimanfaatkan semua pihak tanpa mengira usia sebagai perkakasan komunikasi mendepani SMS. Contohnya, merakam saat kelahiran bayi dan menghantarnya kepada rakan atau keluarga sepantas mungkin.

Selain itu, ia menjadi corak pemasaran baru seperti menghantar promosi kedai yang baru dibuka atau peta untuk ke suatu tempat.

Kelebihan mendapatkan perkhidmatan MMS perlu dieksploitasi sebaik mungkin, namun pengguna perlu berhati-hati dengan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan negatif seperti menghantar gambar lucah.

Amat merugikan apabila melihat teknologi yang sepatutnya dimanfaat untuk tujuan kebaikan dijadikan mangsa kerakusan manusia sehingga mengakibatkan gejala jahat menular ke dalam jiwa.


Sumber : Harian Metro

Virus telefon bimbit

Satu ketika dulu jika memiliki sebuah telefon bimbit sudah dianggap gah walaupun ia bersaiz besar dan berat kerana peranti berkenaan mahal untuk dimiliki.

Apabila teknologi semakin berkembang, telefon bimbit membanjiri pasaran umpama cendawan yang tumbuh melata, malah ia ditampilkan dengan pelbagai bentuk, aplikasi, saiz, berat dan warna yang bersesuaian dengan kemajuan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pastinya ramai yang tersenyum dengan perubahan alat telekomunikasi hari ini yang dipelopori organisasi terkemuka dalam perindustrian seperti Sony Ericsson yang bermula pada 2001 apabila mengeluarkan telefon pintarnya yang pertama melalui siri P, jenama Nokia menerusi siri N, diikuti pelbagai jenama lain lagi termasuk HTC dan yang terbaru iPhone.

Ledakan teknologi memberi kesan positif kepada masyarakat kerana perkembangan itu bertindak sebagai pemacu ke arah kemunculan teknologi telefon bimbit yang semakin memenuhi pasaran negara, namun senario berkenaan turut dikaitkan dengan kehadiran virus dan penggodam atau penceroboh komputer.

Ia wujud dengan sifatnya yang menyerang ribuan komputer menerusi penyebaran pelbagai jenis virus yang mampu mendatangkan kerosakan kepada sistem pemproses komputer.

Kini telefon pintar menjadi tarikan penggodam yang sama ada sengaja menyebarkan virus atau cuba mencuri maklumat di telefon dan mensasarkan ruang telekomunikasi untuk menyebarkan kerosakan dari satu telefon ke satu yang lain.


Virus pertama yang dikesan dikenali sebagai SymbOS Cabir dari Czech Republic dan Slovakia pada 2004.

Cabir dihantar ke syarikat perisian keselamatan Kaspersky Lab di Rusia dan dianggap sebagai 'bukti' bahawa virus boleh ditulis dan disebarkan menerusi telefon bimbit.

Ia dibina untuk telefon bimbit yang menggunakan aplikasi Symbian Series 60 dan bertindak menerusi Bluetooth (dalam lingkungan 30 meter) dengan menghantar dirinya sendiri yang menyamar sebagai fail keselamatan.

Selepas penerima memasang fail terbabit, perkataan 'Caribe' akan terpamer di telefon bimbit.

Sekiranya telefon yang dijangkiti itu aktif, Cabir akan melancarkan dirinya sendiri dan mengimbas frekuensi untuk menghantar dirinya ke telefon bimbit yang lain. Proses imbasan ini yang melemahkan tenaga bateri telefon yang dijangkiti.

Selain Bluetooth, telefon bimbit turut dijangkiti menerusi inframerah, penukaran kad memori, SMS, MMS, GPRS dan pindah turun menerusi 'over-the-air-programming' (OTA) iaitu cara terbaru memindah turun perisian ke telefon bimbit.

Hampir 400 virus telefon bimbit dikesan dan dijangkakan meningkat dengan kedatangan teknologi telefon pintar.

Masyarakat hari ini berlumba-lumba ingin memiliki telefon pintar kerana dibekalkan dengan pelbagai alternatif untuk berhubung seperti WiFi, Bluetooth, port USB, CD/DVD dan slot memori kad 'flash' bagi memudahkan pemindahan data yang pelbagai.

Pengarah Teknikal Kaspersky Lab APAC, Nathan Wang, berkata pengguna harus berhati-hati jika ingin muat turun atau naik pelbagai data seperti klip video, gambar dan nada dering kerana cara penyebaran dan jangkitan virus ini adalah sama seperti melalui komputer.

"Pada 2005, virus pertama yang menyerang menerusi Mobile Messaging System (MMS) dikenali sebagai CommWarrior menerusi aplikasi Symbian Series 60. Podloso pula dikesan sebagai virus pertama yang menyerang iPod pada 2007.

"Statistik 2007 menunjukkan virus telefon bimbit berkembang pantas hingga 110,000 telefon bimbit dijangkiti virus. Manakala trojan Viver menjangkiti hampir 500 telefon bimbit dalam sehari.

"Berdasarkan penyedia perkhidmatan Vimpelcom, Kaspersky Mobile Security berjaya menghentikan hampir 1000 MMS yang dijangkiti dalam sehari," katanya.

Menurut Nathan, pengguna mempunyai banyak maklumat peribadi di dalam telefon berbanding e-mel maka tidak menghairankan jika penularan virus merebak lebih banyak di kalangan pengguna telefon bimbit berteknologi pintar yang mempunyai aplikasi terbaru menyerupai komputer peribadi.

"Pengguna telefon bimbit suka menyimpan pelbagai data penting menerusi Short Messaging System (SMS) atau MMS seperti maklumat akaun bank dan butiran peribadi kerana mudah untuk dirujuk jika terlupa.

"Ia menjadi tarikan penggodam untuk memasuki telefon pengguna seterusnya menggunakan data terbabit untuk kepentingan sendiri.

"Laporan daripada media turut mempengaruhi pemikiran pengguna yang beranggapan virus hanya menyerang komputer dan tiada penekanan mengenai kecurian data telefon bimbit.

"Berita mengenai serangan virus di telefon bimbit agak kurang diperkatakan. Justeru, ia perlu ditekankan agar pengguna sentiasa berhati-hati dengan serangan virus yang tiada kesudahan," katanya.

Atas dasar ini Kaspersky memperkenalkan Kaspersky Mobile Security 8.0 (KMS) sebagai langkah keselamatan bagi semua telefon bimbit yang bertindak melindungi ancaman virus yang mampu mencuri dan memadam maklumat, menyalin senarai nombor telefon, membeku serta memusnahkan fungsi telefon.


Program yang mesra pengguna ini menawarkan perlindungan masa nyata bagi melindungi telefon bimbit daripada semua sumber iaitu MMS, SMS, Bluetooth, kad memori flash, data sync dan Wi-Fi.

Seperti mana jangkitan di komputer, pengguna diberi pilihan untuk membiarkan, kuarantin atau membuang fail yang dijangkiti.

Kad memori dan memori dalaman akan diimbas untuk dilindungi daripada sebarang virus.

Sementara untuk menghentikan spam, pengguna perlu menentukan sumber yang diperoleh sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Sekiranya pengguna pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau mendapat spam, bolehlah menempatkan nombor terbabit di kalangan senarai hitam.

Menurut Nathan, selain bertindak sebagai antivirus Kaspersky merupakan satu-satunya perisian keselamatan yang turut menawarkan perlindungan antikecurian.

Sama ada telefon bimbit hilang secara tidak sengaja atau ia dicuri, pastinya pemilik telefon berhadapan dengan risiko kerana maklumatnya kini terdedah.

"Tiga pertahanan untuk antikecurian telefon membabitkan SMS Block, SMS Clean dan Subscriber Identity Module Watch (SIM Watch).

"Sekiranya telefon didapati hilang, pemilik telefon boleh menghantar SMS tersembunyi yang memberi arahan kepada telefonnya untuk menghalang data daripada diakses ataupun terus menyingkirkan data daripada memori dalaman dan kad memori," katanya.

SIM Watch berperanan dengan menghantar isyarat ke nombor telefon baru apabila pencuri menukarkan kad sim asal dengan yang baru di telefon bimbit yang dicuri. Secara automatik, telefon terbabit akan menghantar nombor telefon baru kepada pemiliknya tanpa pengetahuan si pencuri.

SMS Find pula membolehkan pemilik asal mengesan lokasi telefon bimbitnya melalui SMS yang diterima yang menggunakan aplikasi Global Positioning System (GPS).

Selepas menghantar SMS ke telefon bimbit yang hilang, pemilik akan disambungkan ke peta Google dengan koordinat yang tepat.

Menarik dan berbaloi dengan adanya antikecurian yang disediakan dalam KMS.

Ini bermakna pengguna dan pencuri akan saling berhati-hati sama ada untuk menjaga telefon bimbit atau jika berniat mencuri telefon bimbit kerana pastinya berhadapan dengan hukuman dan undang-undang.

KMS sememangnya direka memenuhi platform telefon bimbit dan secara praktikalnya amat sesuai untuk kedua-dua jenis sistem pemproses, Symbian dan Windows Mobile. Interaksinya amat mudah untuk digunakan, tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar, malahan tidak mengganggu bateri telefon bimbit.

Sama seperti mengendalikan jadual mengimbas virus di komputer, pengguna mudah mengendalikan jadual imbasan mengikut masanya sendiri ataupun secara automatik.

Imbasan ini meliputi semua objek, direktori, sektor dan keseluruhan cakera dan mempunyai pilihan untuk membuang atau kuarantin virus terbabit.

Manakala, hasil tindakan dan imbasan akan disimpan dan dilaporkan dalam log aktiviti.

Pengguna juga digalakkan untuk mengemaskini pangkalan data antivirus termasuk menerusi penyelarasan dengan komputer bagi membolehkan ia mengemaskini program dan bertindak ke atas virus dengan berkesan.

Komponen terbaru seperti 'parental control' membolehkan ibu bapa mengehadkan mesej terima dan hantar di telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Ibu bapa juga boleh menggunakan SMS Find untuk mengetahui lokasi anak mereka.

Kita tidak mampu mempertikaikan kebolehan antispam yang dibekalkan menerusi KMS 8.0 ini.

Sistem saringan spam mampu menghalang mesej dan panggilan telefon yang tidak dikenal pasti, malah menyelamatkan pengguna daripada penipuan iklan.

Versi ini membolehkan pengguna membuat penyaringan panggilan dan mesej menerusi mod senarai putih (menerima panggilan dan mesej daripada nombor sedia ada) dan senarai hitam (menerima panggilan dan mesej daripada nombor yang tiada dalam senarai putih).

Fungsi firewall turut dikemas kini antara langkah keselamatan untuk mengelakkan serangan penggodam dan cecacing mobil yang merebak menerusi penyambungan Bluetooth dan Wi-Fi.

Lambakan telefon bimbit pintar bakal menjadi perhatian pengguna hari ini namun kawalan keselamatan dalam telefon yang harus diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecurian dan kerugian. Tidak salah jika kita berhati-hati sekarang daripada menyesal di kemudian hari.


Sumber : Harian Metro

LG KM900 Arena



LG KM900 Arena ini dihasilkan sebagai sebuah handphone yang menyokong penuh miltimedia denagn User Interface 3D lebih inovatif serta dinamik. UI LG Arena ini direka sedemikian untuk memberikan pengalaman lebih menyeronokkan kepada pengguna, terutama fungsi Cube interface. LG Arena ini juga dilengkapi dengan teknologi audio dan video yang t idak terdapat pada model LG sebelum ini.


Bahagian Atas, Bawah dan Sisi Handphone
Bahgian atas handphone ini disediakan butang ON/OFF dan juga port 3.5mm audio jack. Tiada sebarang butang di bahagian bawah handphone ini.

Pada bahagian sisi kiri handphone ini terdapat port USB/charger.

Manakala sisi kanan pula disediakan butang untuk melaras volume dan juga butang kamera.


Reka Bentuk Menarik
LG KM900 Arena ini mempunyai kerangka yang menarik dengan metallic frame pada bahagian depan dan plain aluminium pada bahagian belakangnya. Ukuran handphone ini agak slim iaitu 105.9 x 55.3 x 11.95mm dan seberat 105g.






Skrin
Skrin sentuh LG KM900 Arena ini berukuran 3.0 inci menggunakan TFT 256,000 warna dengan resolusi 480 x 800 piksel. Ini membuatkan hasil paparan skrin ini lebih jernih dan terang.








Lensa Kamera
Lensa kamera handphone ini terletak pada bahagian belakang handphone. Lensa 5 megapiksel ini menggunakan optik Schneider-Kreuznach dan memiliki flash.


Mikrofon
Handphone ini menawarkan mikrofon kedua yang terletak pada bahagian belakang. Mikrofon ini kecil sahaja dan ia digunakan untuk merekod sound sepanjang rakaman video dijalankan.







Touch Key
Handphone skrin sentuh penuh ini tidak disediakan dengan keypad. Namun ia mempunyai tiga butang touch sensitive pada bahagian bawah skrin. Butang ini bertindak sebagai butang Call/End manakala di tengah-tengah pula merupakan butang start-up screen.

Samsung SGH-M7500 Emporio Armani




Rekaan Slim Bergaya
Selain memiliki ketebalan hanya 12mm, reka bentuk M7500 Emporio Armani ini kelihatan sangat bergaya dan selesa untuk digunakan tidak kira bagi golongan lelaki atau wanita.



Samsung + Emporio Armani
M7500 Emporio Armani sangat terserlah keistimewaannya apabila dikolaborasikan dengan jenama terkenal iaitu Emporio Armani. Penggunaan jenama ini jelas kelihatan di setiap sudut handphone ini sama ada di panel depan, sisi dan juga belakang.


Keypad Rata
keunikan M7500 Emporio Armani ini lebih terserlah dengan rekaan keypad yang rata ditambah lagi efek brushed metal yang sangat menawan dan sangat responsif untuk tujuan menaip SMS. Malah cahaya putih yang dihasilkan juga mampu membantu anda untuk melihat keypad di dalam gelap dengan baik.


Earpiece + Kamera Video Call (3G) + Light Sensor
Pada bahagian atas panel depan handphone ini ada dilengkapi dengan earpiece, kamera video call dan juga light sensor. Light sensor ini disediakan bertujuan untuk mengawal tahap keterangan cahaya pada bahagian keypad dan skrin untuk menjimatkan penggunaan bateri.


Sisi Handphone
Sisi kiri handphone menyediakan butang sambungan USB serta tulisan Emporio Armani yang akan mengeluarkan cahaya lampu yang menarik.



Manakala di bahagian sisi kanan pula disediakan butang kawalan muzik, butang dedikasi kamera dan juga butang laras volume.





Lensa Kamera Simple
Panel belakang kelihatan begitu simple dengan penggunaan lensa kamera tanpa shutter dan juga lampu flash. Kedudukan speaker handphone ini agak unik kerana terletak di bahagian logo Emporio Armani yang menguasai ruang belakang panel handphone.


Anda pasti terpukau dengan efek lampu yang terdapat di sekeliling sisi handphone ini kerana ia ada menyediakan tiga warna menarik iaitu merah, biru dan hijau. Efek lampu ini boleh ditukar mengikut warna themes yang digunakan atau ditetapkan mengikut warna yang anda inginkan.



SPESIFIKASI HANDPHONE SAMSUNG SGH-M7500 EMPORIO ARMANI

Band = GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 2100
Ukuran = 114.9 x 47.4 x 12mm
Berat = 90.2g
Skrin = 2.2 inci AMOLED 26,500 warna resolusi 240 x 320 piksel
Masa Bual = (GSM) 7 jam (UMTS) 4.3 jam
Masa Tunggu = (GSM) 345 jam (UMTS) 275 jam
Memori = 120MB / microSD (sehingga 16GB)
Kamera = 3 megapiksel
Auto Fokus = Ada
Lampu Flash = Tiada
Bluetooth = Ada (A2DP, AVRCP)
WiFi = Tiada
Radio FM = Ada (fungsi RDS)
Format Muzik = MP3, WMA, AAC, AAC+, eAAC+
Format Video = WMV, MP4, 3GP, H.263, H.264
Port Audio = 3.5mm
Ekstra = RSS Reader, Mobile Printing, Light Effects
harga = RM 1,799

Sony Ericsson W705





Reka Bentuk
SE W705 ini menggunakan reka bentuk slim slider berukuran 95 x 47.5 x 14.33mm dan seberat 98g. Sememangnya rekaan sebegini memberikan satu gaya yang lebih stylish untuk remaja.

Skrin
Skrin handphone ini berukuran 2.4 inci TFT 262,000 warna dengan resolusi 320 x 240 piksel. Dengan paparan skrin yang agak luas ini memberi lebih keselesaan kepada anda ketika menggunakan handphone ini.


Lensa Kamera
Pada bahagian belakang handphone ini dilengkapi dengan lensa kamera 3.2 megapiksel bersama LED flash. Namun kamera ini tidak menyokong fungsi auto fokus.


Keypad
Sebaik sahaja anda slide up ke atas, anda akan dapat melihat keypad handphone yang disusun dengan kemas. Keypad inin direka secara rata dan dipisahkan dengan bulatan plate kecil bagi menonjolkan keistimewaannya.





Key Muzik
Butang navigasi handphone ini juga bertindak sebagai butang dedikasi muzik yang memudahkan anda mengawal muzik yang sedang dimainkan.


Shake Key
Untuk memudahkan anda skip lagu yang dimainkan, handphone SE W705 ini dilengkapi dengan fungsi shake control. Anda perlu menekan butang "W" pada bahagian atas handphone dan terus goncangkan handphone tersebut, maka lagu akan ditukar mengikut kehendak anda.


Walkman
Pemain walkman handphone ini sangat menaraik di mana ia memaparkan pilihan visualisations mengikut kehendak anda sama ada paparan Album art, Visualisations atau Off. Pada interface muzik ini dipaparkan tajuk lagu, album dan juga artis. Anda boleh setkan Play mode,Stereo widening dan sebagainya.


Fungsi Penggambaran
Lensa penggambaran 3.2 megapiksel ini didatangkan dengan LED flash yang dapat memberikan standard kualiti ketika menjalankan penggambaran dalam keadaan kurang cahaya. Manakala dari segi interface pula, ia masih mengekalkan interface penggambaran handpgone walkman lain. Antara setting yang disediakan ialah Shoot Mode, Picture Size, Night Mode, Light, Self-Timer, White Balance dan Effects.


SPESIFIKASI HANDPHONE SONY ERICSSON W705

Band = GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 2100
Ukuran = 95 x 47.5 x 14.3mm
Berat = 98g
Masa Bual = (GSM) 10 jam (UMTS) 4 jam
Masa Tunggu = (GSM) 400 jam (UMTS) 350 jam
Fungsi Lain = Skrin 2.4 inci TFT 262,000 warna, resolusi 320 x 240 piksel, SMS/MMS/Email/IM, radio FM, pemain muzik, WAP 2.0, GPRS, EDGE, HSDPA, WiFi, JAVA, bluetooth, kabel USB, Comeks Strips, kamera 3.2 megapiksel, LED flash, rakaman video, memori dalaman 120MB, Memory Stick Micro (M2) 4GB.

Harga = RM 1599

Asus P565


Model Asus P565 menggunakan Windows Mobile yang dikendalikan oleh prosessor terpantas, oleh itu ia digelar sebagai PDA paling pantas Windows Mobile di dunia. Ia menggunakan prosessor Marvell Tavor berkelajuan 800MHz sebagai tonggak utamanya. Sudah pasti ia menjanjikan kepantasan akses yang tidak kurang hebatnya. Selain itu ia mempunyai fungsi lain seperti skrin sentuh berukuran 2.8 inci dengan resolusi 480 x 640 piksel, sambungan HSDPA, kamera 3 Megapiksel dengan auto fokus serta sistem operasi Windows Mobile 6.1 Professional.

Pakej Jualan

Antara kandungan pakej yang didapati dalam kotak pembelian :
1) Asus P565
2) AC adapter
3) Leather case
4) Bateri
5) Starter CD dan Bonus CD
6) Kabel USB mini
7) Headset

Reka Bentuk

Asus telah merancang dengan teliti supaya p565 kelihatan lebih bergaya berbanding PDA lain. Dari depan ia kelihatan seperti PDA business tradisional yang lain, tetapi di bahagian belakangnya diliputi dengan kulit yang berkualiti tinggi di mana ia membuatkan handphone ini amat menyerlah dan lain dari yang lain.

Butang

Asus P565 ini tidak meletakkan banyak butang pada permukaan depan PDA ini. Jadi pada permukaan depan, anda hanya boleh jumpa butang Call, Asus glide launcher, butang OK dan butang End.


Kamera Utama
Kamera utama dengan 3 Megapiksel untuk Asus P565 ini terletak pada panel belakang. jadi ia memudahkan anda mengambil gambar pada bila-bila masa.

Kamera Depan
Pada bahagian atas skrin PDA ini terdapat lensa kamera kedua di mana memudahkan anda membuat video call dan juga LED sebagai notification network, serta status bluetooth dan WiFi.


Kualiti Skrin
Skrin berukuran 2.8 inci ini menggunakan material TFT 65,000 warna dengan resolusi 480 x 640 piksel. Ini memberikan kadar kontras handphone lebih tinggi dan hasil paparan tidak kurang hebatnya.

Bahagian Atas

Pada bahagian atas handphone, anda boleh dapati butang power ON/OFF handphone sahaja.

Bahagian Bawah

Manakala pada bahagian bawah pula boleh dijumpai port mini USB dan headset.

Sisi Handphone

Pada sisi kiri terdapat butang laras volume dan label GPS. Manakala sisi kanan pula terletaknya butang kamera.




Stylus
Stylus PDA ini sepenuhnya diperbuat daripada plastik ringan, dan ia memudahkan anda menggunakannya.

Bateri

Asus P565 ini didatangkan dengan bateri 1300mAh, di mana penggunaannya normal di bawah pengawasan automatic processor mode.

SPESIFIKASI ASUS P565
Platform = Microsoft Windows Mobile 6.1 Professional
Prosessor = Marvell PXA930, 800MHz
Band = GSM 900/1800/1900 & UMTS 2100
Ukuran = 102 x 60.5 x 16mm
Berat = 120g
Masa Bual = (GSM) 4 jam (UMTS) 3 jam
Masa Tunggu = (GSM) 200-250 jam (UMTS) 250-300 jam
Memori = 256MB Flash ROM, 128MB DDR SDRAM
Kad Memori = microSDHC
Sambungan = WAP1.2.1/2.0, GPRS, EDGE, WLAN, HSDPA
Mesej = SMS, MMS, E-mail, IM, Push E-mail
Skrin = 2.8 inci TFT 65,000 warna , resolusi 480 x 640 piksel
Kamera = 3 Megapiksel auto fokus
Format Gambar = JPEG, PNG, GIF, BMP
Format Video = H.263, 3GP, MPEG4
Format Melodi = MIDI, MP3, WMA, AAC, AAC+

Samsung S8300 UltraTOUCH


Model handphone Samsung S8300 UltraTOUCH merupakan handphone slider yang sangat cantik dan dilengkapi dengan kemudahan full-touch. Samsung sebenarnya ingin menyampaikan visi terbaru full-touch dengan gaya dan reka bentuk tersendiri. Maka jika dibandingkan dengan model Ultra terdahulu, Samsung UltraTOUCH ini sempurna dari segi gaya, reka bentuk dan teknologinya.


Lensa Kamera
Handphone ini dilengkapi dengan lensa kamera 8.0 megapiksel yang terletak di bahagian belakang handphone bersama-sama dengan LED flash dan cermin penggambaran diri.


Paparan Handphone
Samsung S8300 ini didatangkan dengan skrin seluas 2.8 inci dan diperbuat daripada material AMOLED 16 juta warna serta resolusi 240 x 400 piksel. Dengan kualiti sebegini membuatkan hasil paparan di handphone lebih jernih.


Reka Bentuk
Handphone jenis slide ini direka tanpa butang navigasi, ini bagi menonjolkan fungsi full-touch handphone ini dan apa yang disediakan hanyalah butang Back, Call dan End Call. Samsung S8300 ini mempunyai ukuran 110 x 51.5 x 12.7mm.

Radio FM
Anda boleh menyimpan sebanyak 99 buah stesen radio dalam memori handphone ini. Melalui fungsi radio ini, anda juga boleh jalankan fungsi auto-tuning yang memudahkan anda mencari stesen radio. Fungsi radio ini juga boleh dimainkan pada background.

Teknologi Penggambaran
Dengan menggunakan fungsi full-touch lebih mudah untuk anda memilih setting kamera. Fungsi penggambaran dengan kamera 8 megapiksel ini dilengkapi dengan teknologi penggambaran seperti Face Detection, Smile Mode, Anti Shake dan Blink Detection. Selain daripada itu, ia turut dilengkapi dengan White Balance, Effects, Shooting Mode dan banyak lagi.

RSS Reader
RSS Reader ini bekerja dengan web browser, jadi untuk menggunakan fungsi ini anda perlu aktifkan fungsi internet terlebih dahulu.

SOS Message
Handphone Samsung S8300 UltraTOUCH ini juga masih mengekalkan fungsi bantuan ketika kecemasan iaitu SOS Message. Melalui fungsi ini, apabila dalam kecemasan anda hanya perlu tekan butang volume sebanyak empat kali maka mesej kecemasan akan dihantar ke nombor yang telah anda setkan.

Video Editor
Samsung S8300 UltraTOUCH ini tidak ketinggalan menyediakan fungsi video editor untuk kemudahan anda mengedit video clips kegemaran. Anda boleh menambah sound track pada video, trim dan sebagainya.

Permainan
Untuk keseronokan berganda, handphone ini menawarkan permainan yang menarik dan menyeronokkan. Antara permainan tersebut ialah Diamond Twisster, Millionaire 3, Brain Challenge dan PyramidBloxx.

Mobile Tracker
Sekiranya handphone anda dicuri atau hilang, aplikasi Mobile Tracker akan membantu anda mendapatkan semula handphone anda. Ini kerana apabila handphone ditukar kad SIM, maka ia akan menghantar mesej pemberitahuan kepada nombor yang telah anda setkan. Aplikasi ini dilindungi dengan password jadi tiada siapa mengetahuinya kecuali anda.

SPESIFIKASI HANDPHONE SAMSUNG S8300 ULTRATOUCH
Band = GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 900/1200
Saiz = 110 x 51.5 x 12.7mm
Berat = 105g
Masa Bual = GSM (3 jam), UMTS (1.8 jam)
Masa Tunggu = GSM (200 jam), UMTS (185 jam)
Fungsi Lain = Skrin sentuh 2.8 inci AMOLED 16 juta warna, resolusi 240 x 400 piksel, radio FM, MP3, SMS/MMS/E-mail, JAVA, bluetooth, WAP 2.0, GPRS, EDGE, HSDPA, kabel USB, kamera 8 megapiksel auto fokus, flash, rakaman video, memori dalaman 80MB, microSD.

Harga = RM 1899

Sony Ericsson W580i



Ketebalan badan W580i yang hanya setebal 14mm memiliki fungsi multimedia yang beraneka jenis seperti muzik, kamera dan pelbagai fungsi tambahan. Selain itu, handphone Sony Ericsson W580i ini turut dibekalkan dengan kad M2 berkapasiti 512MB. Jika menggunakan format eAAC+, ia dapat menyimpan sehingga 470 buah lagu.

Muzik @ lagu boleh dimuatturun ke handphone denga mudah menggunakan perisian pengurus muziknya iaitu Disc2Phone, selain dengan menggunakan kabel USB yang dibekalkan. Sebaik sahaja pemain muzik Walkman diaktifkan, kilauan berwarna oren akan berkelip mengikut irama lagu yang menampilkan kesan audio dan video kepada pengguna.


SPESIFIKASI HANDPHONE SONY ERICSSON W580i
Band = GSM 850/900/1800/1900
Saiz = 99 x 47 x 14mm
Berat = 94g
Masa Bual = 9 jam
Masa Tunggu = 370 jam
Kamera = 2.0MP
Lampu Flash / Auto Fokus = Tiada
Zoom = 4x
Format Rakaman Video = 3GP, MP4
Format Video = H.263, MPEG4
Skrin = 2.0 inci, 260 000 warna TFT
Piksel = 240 x 320 oiksel
Nada Dering = 64 polifonik, MP3, AAC, WMA
Pemain MP3 = Ada
FM Radio / Permainan = Ada
Memori = 12MB
Kad Memori = M2
Mesej = SMS, EMS, MMS, E-mail
Bluetooth = Ada, sokong A2DP
GPRS = Class 10
WAP = Version 2.0
JAVA = Ada, MIDP 2.0
USB = Ada
Infrared = Tiada

Nokia N86 8MP


SPESIFIKASI HANDPHONE NOKIA N86 8MP

Band = GSM 850/900/1800/1900 & WCDMA 900/1900/2100
Saiz = 103.4 x 51.4 x 16.5mm
Berat = 149g
Skrin = 2.6 inci Active Matrix OLED
Warna = 16 juta
Resolusi = 320 x 240 pixels
Kamera = 8MP Carl Zeiss Tessar, auto fokus, dual LED flash
Memori = 8GB / microSDHC (sehingga 16GB)
Fungsi Lain = Radio FM, N-Gage platform, GPS, WiFi

Dual Slider
Hasil kombinasi reka bentuk N85 dan N97, membolehkan N86 8MP meneruskan penggunaan kerangka jenis dual slider. Slide sahaja handphone ke atas untuk menggunakan pad kekunci biasa atau ke bawah untuk menggunakan kawalan multimedia.

Kick Stand
Keistimewaan N86 8MP terletak pada fungsi 'Kick Stand' yang membolehkan anda menonton video tanpa perlu memegangnya. Fungsi ini turut dimiliki oleh model N96.

Hitam atau Putih
Model Nokia N86 8MP ini didatangkan dalam dua pilihan warna menarik, sama ada warna hitam atau putih.


Kawalan Multimedia
apabila anda slide handphone ke bawah, terdapat panel kawalan multimedia yang boleh digunakan dalam tiga mod berlainan iaitu muzik, game dan juga kamera.

Lensa Kamera
Nokia N86 8MP memiliki lensa kamera yang hampir sama dengan model N85, tapi fungsi penggambaran model N86 8MP ini telah dipertingkatkan dengan kamera yang mempunyai resolusi 8 megapixel dan juga dual LED flash generasi ketiga.

Skrin Berkualiti
Skrin berukuran 2.6 inci beresolusi 320 x 240 pixels ini mampu memaparkan paparan yang sangat terang dan jelas kerana ia menggunakan material jenis Active Matrix OLED.

Top Handphone
Sama seperti N85, handphone ini turut menyediakan port USB tanpa penutup, port audio jack 3.5mm dan juga butang On/Off pada bahagian atas handphone.

N-Gage Platform
Pwnggunaan skrin jenis Active Matrix OLED dan juga butang kawalan game jenis slide merupakan kelebihan yang dimiliki oleh Nokia N86 8MP. N-Gage platform dalam mod landscape ini sudah tentunya akan membuatkan pengalaman bermain game menjadi lebih menyeronokkan.

Wide Angle Lens
Fungsi penggambaran Nokia N86 8MP telah dipertingkatkan dengan adanya penggunaan 'Wide Angle Lens' berukuran 28mm. Lensa jenis ini membolehkan anda mendapatkan hasil gambar yang lebih luas dan lebar berbanding handphone kamera yang lain.

Nokia 6216 Classic


Nokia 6216 Classic dilengkapi dengan teknologi NFC (Near Field Communication)@ komunikasi jarak dekat yang unik dan menyokong fungsi pembayaran elektronik. NFC merupakan sejenis teknologi komunikasi jarak dekat berbentuk bukan sentuhan. Masa tindak balasnya hanyalah dari 0.1 - 0.3 saat. Kawasan pengendaliannya dalam lingkungan jarak 10cm. Handphone jenis ini popular di Jepun dan Korea.

Berbeza dengan model 6216, model 6216 Classic muncul dengan identiti sebagai peningkatan buat pertama kali menghimpunkan fungsi NFC dalam kad SIM dan bekerjasama dengan servis syarikat telekomunikasi. Pada masa sekarang, hanya Maxis yang membekalkan servis NFC ini.


Spesifikasi Handphone Nokia 6216 Classic :

Band = GSM 850/900/1800/1900/WCDMA
Saiz = 114.7 x 41.7 x 14.5mm
Berat = 88g
Masa Tunggu = 300 jam
Masa Berbual = GSM 3.3 jam, WCDMA 2.8 jam
Kamera = 2.0MP CMOS
Kamera (3G) = 0.3MP
Lampu Flash = Ada
Zoom = 8x
Format Rakaman Video = MP4, 3GP, H.263
Format Video = MP4, 3GP, H.263, MPEG-4
Skrin = 2 inci 16juta warna TFT
Piksel = 240 x 320 piksel
Skrin Sentuh = Tiada
Nada Dering = 64 Polifonik, MP3, AAC
Pemain MP3 = Ada
Ringtone Download = Ada
FM Radio/Permainan = Ada
Memori = 22MB
Kad Slot = Micro SD/SDHC (Maksimum 8GB)
Bluetooth = v 2.0, sokong A2DP
Infrared = Tiada
USB = Ada, v 2.0 microUSB
JAVA = MIDP 2.1
Mesej = SMS, MMS
E-mail = OMA
GPRS = Class 10
WAP = WAP 2.0
Mod Penerbangan = Ada
Buku Telefon = 1000
Dail Suara / Pembesar Suara / Rakaman Suara = Ada
Harga = Lebih kurang RM 720 (belum dicukai)
Related Posts with Thumbnails