Halaman

Sony Ericsson C903



Rekabentuk Terserlah
Kehadiran Sony Ericsson C903 ini yang menggunakan rekabentuk jenis slide pastinya mampu menarik perhatian peminat handphone siri Cyber-shot. Terdapat tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan juga hitam.


Penutup Lensa Unik
Jika kebanyakan handphone di pasaran menyediakan penutup lensa yang hanya akan menutup bahagian lensa kamera sahaja, C903 memiliki penutup lensa yang kelihatan unik dan mirip seperti kamera digital. Penutup lensa yang menggunakan rekaan jenis slide ini akan menutup bukan sahaja lensa kamera, malah ia juga turut menutup bahagian photo flash.


Fungsi Penggambaran Diperbaharui
Kini dengan menggunakan C903, pengalaman bergambar terasa lebih hebat dengan adanya fungsi Smile Shutter. Apabila anda membuat pilihan mod penggambaranini, secara automatik gambar akan diambil sebaik sahaja lensa kamera mengesan senyuman yang terukir.


Bawah Handphone
Anda tidak perlu lagi risau tertekan butang yang terdapat pada handphone ini kerana ia ia menyediakan butang jenis slide khas untuk mengunci handphone ini. Anda cuma perlu menolak ke kiri atau ke kanan untuk tujuan mengunci atau membuka dengan mudah menggunakan butang yang terletak di bahagian bawah handphone.


Sisi Kanan Handphone
Pada bahagian sisi kanannya dilengkapi dengan pelbagai butang kawalan bagi memudahkan anda menggunakan fungsi multimedia. C903 turut menyediakan butang pintas untuk masuk ke mod galeri, mod kamera/video dan juga butang kamera untuk membuat penggambaran dalam mod landscape.


Sisi Kiri Handphone
Bahagian sisi kiri C903 dilengkapi dengan slot memori tambahan hot swap jenis Memory Stick Micro (M2) yang menggunakan penutup jenis getah lembut bagi mengelakkan sebarang habuk daripada terkumpul. Manakala di bahagian atasnya pula disediakan port USB yang bertindak sebagai tempat mengecas dan juga sambungan kabel untuk pemindahan data.


Pad Kekunci
Rekaan pad kekunci yang dimiliki model C903 ini disediakan dengan butang yang besar dengan permukaan jenis cembung bagi memudahkan anda untuk pantas menaip SMS. Walaupun jari anda besar, ia tidak menjadi maslah untuk menggunakan handphone ini dengan selesa.


Skrin Kalis Calar
Kebanyakan handphone keluaran Sony Ericsson telah pun menggunakan skrin kalis calar sejak kebelakangan ini. Begitu juga dengan model C903, paparan skrin berukuran 2.4 inci beresolusi 240 x 320 piksel ini turut memiliki permukaan skrin yang kalis calar!



SPESIFIKASI HANDPHONE SONY ERICSSON C903:

Band : GSM 850/900/1800/1900/ & UTMS 900/1200
Ukuran : 97 x 49 x 16mm
Berat : 96g
Skrin : 2.4 inci TFT
Warna : 262,144
Resolusi : 240 x 320 pixels
Kamera : 5 Megapixel (Auto Focus, Photo Flash, Smile Shutter)
Memori : 105MB / Memory Stick Micro (M2)
Fungsi Lain : Radio FM, Youtube, Accelerometer, A-GPS, Motion Gaming

Tips menjaga data penting dalam handphone



1. Selalu pastikan proses sambungan dalam handphone anda. Bagi handphone yang canggih, pasti dilengkapi dengan kemudahan sambungan melalui Bluetooth atau infra red.

Jangan biarkan Bluetooth atau infra red dalam keadaan aktif, kerana handphone anda berkemungkinan akan dijangkiti virus atau dicerobohi oleh si pencuri @ hackers melalui sambungan tersebut.

Anda boleh mengubah setting pada handphone supaya setiap kali menerima data yang hendak ditransfer, perlu minta persetujuan dari anda terlebih dahulu. Jika anda menerima sebarang file melalui Bluetooth tetapi anda tidak mengenali si pengirimnya, abaikan sahaja.

2. Handphone biasanya dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih iaitu dengan menggunakan kod keselamatan yang biasanya disebut PIN (Personal Identification Number).

PIN ini berupa angka yang boleh anda buat sendiri. Selain itu, ada pula PIN2 yang berfungsi sebagai pelindung kedua. Biasanya dengan PIN2 anda dapat mengunci beberapa aplikasi yang ada dalam handphone tersebut.

Jika salah memasukkan kod PIN beberapa kali, maka anda akan diminta memasukkan kod PUK (Personal Unblocking Key). Biasaya kod ini disediakan oleh operator talian yang anda miliki.

3. Backup semua data yang ada dalam handphone ke dalam komputer. Ini sebagai langkah berjaga-jaga.

4. Ketika membawa handphone anda untuk diservis, jangan lupa mengeluarkan memory card yang ada di dalam handphone. Ini untuk mencegah data di dalam memory card anda disalin atau kehilangan memory card tersebut.

5. Jika anda hendak menjual handphone anda, lebih baik di delete semua data di dalam handphone tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, format memory card berulang kali kerana denga format berulang kali boleh menyebabkan data @ file di dalamnya benar-benar musnah. Ini kerana telah terdapat software yang dapat recover semula data yang telah didelete dari memory card.

Sony Ericsson Idou























Skrin Sentuh Hebat

Sony Ericsson Idou menggunakan teknologi skrin sentuh jenis Resistive yang mana ianya kelihatan sangat hebat dengan paparan sebesar 3.5 inci, resolusi 360 x 640 piksel. Paparannya sangat jelas dan terang.

12.1 Megapiksel Yang Pertama

Sememangnya kehebatan penggambaran handphone ini sukar ditandingi kerana ia merupakan handphone pertama yang menyediakan lensa kamera beresolusi 12.1 megapiksel. Fungsi penggambaran ini diperhebatkan lagi dengan pelbagai teknologi seperti Face & Smile Detection dan sebagainya.

Sisi Kanan Handphone

Di bahagian sisi kanan handphone ada disediakan pelbagai butang seperti kamera, video, zoom dan muzik.





Sisi Kiri Handphone
Di sisi kiri disediakan port USB dan juga slot memori tambahan jenis microSDHC dan butang slide khas untuk lock handphone.


DVB-Tuner
Penggunaan platform open-source dari Symbian telah membolehkan Idou untuk menyokong fungsi TV menggunakan teknologi DVB-Tuner. Skrin yang besar dengan resolusi yang tinggi memastikan keseronokan menonton TV di handphone ini.

SPESIFIKASI HANDPHONE SONY ERICSSON IDOU

Band = GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 900/2100
Ukuran = 111 x 54 x 15mm
Skrin = 3.5 inci skrin sentuh TFT
Warna = 16 juta
Resolusi = 360 x 640 piksel
kamera = 12.1 Megapiksel, auto fokus, Video LED flash, Xenon flash
Memori = microSDHC (sehingga 16GB)
Fungsi Lain = Radio FM, WiFi, Accelerometer, A-GPS, 3.5mm audio jack

Dual SIM



Dual SIM bermaksud keupayaan sesebuah handphone menyokong penggunaan dua kad SIM secara serentak. Ia bermaksud anda boleh menggunakan kedua-dua kad SIM secara serentak dengan hanya menggunakan sebuah handphone sahaja. Anda boleh menerima atau membuat panggilan dan SMS dari kedua-dua nombor dalam masa yang sama.

UPnP

Standard protocol yang digunakan internet dan web bagi membolehkan peranti seperti handphone, PC, printer atau TV bersambung ke rangkaian dan secara automatik mengesan antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika anda mempunyai handphone dan TV yang menyokong UPnP, anda boleh paparkan imej yang tersimpan dalam handphone terus ke TV anda.
Related Posts with Thumbnails