Halaman

Tips lanjutkan hayat telefon bimbit anda

 Pertama: Kebanyakan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis air dan tidak kalis habuk, kecuali mungkin model Nokia 6250. Binaan litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah amat halus, dan sebarang pendedahan kepada kerpasan, kelembapan dan cecair yang mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar elektronik tersebut.



Kedua: Pengguna disarankan supaya mengelak daripada mengendalikan telefon bimbit dengan cara kasar, seperti menjatuh atau menghentaknya yang pastinya akan merosakkan papan litar dalaman.

Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik boleh menyebabkan kotoran halus memenuhi ruang-ruang kecil pada permukaan telefon.

Ketiga: Pengguna dinasihatkan membersihkan telefon bimbit dengan mengelapnya menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan sedikit dengan sabun dan air. Namun begitu penggunaan bahan kimia menghakis, pelarut pembersih atau serbuk atau larutan detergen kuat boleh merosakkan telefon bimbit.

Keempat: Kelasakan sesebuah telefon bimbit juga bergantung kepada ketahanan alat-alat elektronik dan bahan plastik tertentu. Suhu terlalu tinggi akan merosakkan komponen-komponen tersebut.

Begitu juga jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu sejuk, seperti peti ais atau freezer, kerana apabila telefon itu digunakan semula pada suhu biasa, lembapan (condensation) akan terbentuk di dalam telefon yang pastinya akan merosakkan papan litar elektronik, dan merosakkan memori dan fungsi paparan.

Kelima: Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat penting ke arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit pengguna. Kedua-dua komponen tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling dan haba.

Jika bateri dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas dan memendekkan hayat bateri, dan prestasinya akan menurun dan jangka standby dan komunikasi akan menjadi lebih singkat.

IMEI

IMEI adalah singkatan untuk International Mobile Equipment Identity. Ia merupakan serial number bagi mengenalpasti handphone GSM atau UMTS.

Kebiasaanya ia mempunyai 15 digit nombor kerana IMEI ini akan memberikan maklumat tentang handphone tersebut seperti pengeluar, tarikh dan sebagainya.

Apabila ada nombor IMEI ini, jika handphone ini dicuri, handphone tersbut boleh disenaraihitam oleh syarikat telekomunikasi dan tidak dapat digunakan oleh si pencuri tersebut.

Apa itu 3.5G?

Generasi 3.5G atau disebut HSDPA untuk bahasa teknikalnya ialah kata singkatan untuk High-Speed Downlink Packet Access.

Ia adalah protokol baru bagi telefon mudah alih menghantar transmisinya. Secara lebih mudah, ia menyebabkan proses muat turun atau "download" didalam telefon bimbit lebih pantas sepantas telefon yang menggunakan sistem ADSL di rumah (Talian tetap). Dengan menggunakan HSDPA, segala masalah yang menyebabkan kelembapan transmisi akan disaring.

Ini merupakan satu evolusi kepada sistem WCDMA atau (Wideband - Code Division Multiple Access) yang merupakan protokol 3G.

HSDPA menambah nilai dengan meningkatkan kadar kelajuan 5 kali ganda lebih laju daripada sistem 3G. Secara teorinya, kelajuan transmisi data HSDPA ialah 8-10 Mbps. Walaupun semua data boleh dihantar, tetapi fokus utama HSDPA ialah data berbetuk video atau muat turun muzik.

Smartphone

Smartphone bermaksud handphone yang beroperasi menggunakan sistem operasi seperti Symbian, Windows CE, Windows Mobile dan sebagainya, dengan menggunakan pelbagai program yang lebih banyak berbanding handphone konvensional biasa. Smartphone juga dilengkapi software lebih berkuasa, pelbagai fungsi dan lebih hebat. Smartphone sebenarnya hybrid antara handphone dan PDA.

Apa itu 1G,2G dan 3G?

Secara ringkasnya 1G merupakan teknologi handphone pertama yang menggunakan sistem analog, contohnya AMPS (Advanced Mobile Phone System) di USA dan TACS (Total Access Communication Service) di Eropah. Generasi pertama ini menggunakan teknik komunikasi yang disebut Frequency Division Multiple Access (FDMA).

Keterbatasan generasi pertama yang terhad kepada komunikasi suara sahaja maka dunia komunikasi berubah kepada generasi kedua iaitu 2G yang menawarkan bukan sahaja komunikasi suara tetapi untuk berSMS dan mempercepatkan kadar pemindahan data dengan kelajuan maksimum 9.600 bps (bit per second).

Setelah 2G, lahirlah generasi 2.5 G yang merupakan versi lebih baik dari generasi kedua. Generasi 2.5 ini mempunyai kemampuan transfer data yang lebih cepat. Yang terkenal dari generasi ini adalah GPRS (General Packet Radio Service) dan EDGE (Enhanced Data rates for GSM Evolution).

Generasi 3 atau 3G merupakan teknologi terbaru dalam dunia seluler. Generasi ini lebih dikenal dengan sebutan UMTS (Universal Mobile Telecommunication System) atau WCDMA (Wideband - Coded Division Multiple Access). Kelebihan generasi terbaru ini terletak pada kecepatan transfer data yang mencapai 384 kbps di luar ruangan dan 2 Mbps untuk aplikasi indoor. Selain itu, generasi ini dapat menyediakan layanan multimedia seperti internet, video streaming, video telephony, dan lain-lain dengan lebih baik.

AP Set , Original Set, Underwater Set, Recon Set

Definisi - AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh syarikat pengeluar handphone. Sebagai contoh syarikat seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.

Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.

Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set recondition (atau recond.

Dari segi warranty, sebagai contoh, AP set menawarkan warranty selama 15 bulan untuk transceiver (mcm motherboard la) dan 12 bulan untuk LCD. Hanya 1 bulan warranty sahaja diberikan untuk battery dan charger. Warranty pula adalah dari syarikat supplier, bukan dari NOKIA.

Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baikpulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.

Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke tempat lain.

Warranty Original set pula datangnya dari Zitron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 tahun termasuk trasceiver, LCD dan battery. Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai Zitron yang berhampiran di negeri itu.

Harga - Harga AP set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya.

Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. Set AP kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.


Underwater set
- pernah dahulu menguasai pasaran handphone terutamanya di kawasan Bukit Bintang dan Pertama Kompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap, underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Warranty pun beberapa bulan yang diberi oleh kedai si penjual.

Recon set (atau recondition) - Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yang lebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk perangkap recon!

Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan handphone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang handphone maka Original set sepatutnya menjadi pilihan anda.
Related Posts with Thumbnails