Halaman

Tips jika handphone masuk air



Jika handphone anda terendam atau terjatuh dalam air, keluarkan dari air secepat mungkin bagi mencegah komponen dalaman terkena air sepebuhnya. Dalam beberapa kes, casing handphone yang rapat dapat mencegah kemasukan air. Namun ini hanya akan bertahan untuk tempoh masa beberapa saat sahaja.

Keluarkan segera bateri dari dalam handphone. Memutuskan aliran tenaga adalah sangat penting untuk mengurangkan kerosakan handphone. Ini kerana beberapa alat elektronik boleh bertahan dalam keadaan basah jika tidak berhubung dengan sumber (bateri).

Segera keluarkan kad SIM anda untuk mencegah kemungkinan kerosakan atau kehilangan data. Biarkan kad SIM benar-benar kering sebelum anda menyemak keadaannya.

Seterusnya keringkan handphone anda agar benar-benar kering. Gunakan kain yang boleh menyerap air. Selain itu, anda juga boleh menggunakan hair dryer, tapi pastikan handphone anda tidak terlalu panas. Ini kerana handphone yang terlalu panas boleh menyebabkan handphone meletup.

Anda boleh menguji samada handphone benar-benar kering dengan cara menghidupkannya. Jika handphone masih tidak dapat aktif, ini bermakna bateri atau handphone anda bermasalah. Anda boleh cuba aktifkan handphone tersebut menggunakan bateri lain, jika handphone boleh aktif ini bermakna bateri yang rosak dan anda perlu membeli bateri yang baru.

Namun jika semua langkah tersebut telah anda lakukan tetapi handphone tetap tidak dapat diaktifkan, maka anda perlulah menghantarnya ke kedai untuk di servis.

Nokia 5630 XpressMusic




Warna Tradisi Diteruskan
Penggunaan warna kerangka dalam dua warna pilihan iaitu biru dan merah masih lagi diteruskan oleh Nokia 5630 XpressMusic memandangkan ianya dikategorikan sebagai handphone siri muzik.


Keunikan Panel Belakang
Rekaan panel belakang dengan corak bulatan yang memenuhi keseluruhan panel sangat menarik dan mampu memeberikan hasil pegangan yang lebih baik. Speaker yang turut dihasilkan dengan rekaan susunan bulatan secara memeanjang turut membantu menyerlahkan reka bentuk handphone ini.


Lensa Kamera Simple
Fungsi penggambaran yang dimiliki oleh Nokia 5630 XpressMusic ini tidak menghampakan kerana menggunakan resolusi 3.2 Megapiksel auto fokus dan Dual LED flash!


Port USB & 3.5mm Audio Jack
Di bahagian atas handphone ini, disediakan port USB dan juga port untuk sambungan headset jenis 3.5mm audio jack. Manakala bahagian bawahnya pula tiada sebarang fungsi.

Sisi Kanan Handphone
Di sebelah sisi kanan handphone ini terdapat butang kamera, pelaras kekuatan bunyi speaker dan juga slot memori jenis microSDHC.

Sisi Kiri Handphone
Terdapat butang untuk Play/Pause, Next dan Previous.

Kerangka Ultra-Slim
Walaupun memiliki kerangka yang nipis iaitu 12mm dengan berat hanya 83g, Nokia 5630 XpressMusic masih mampu menyediakan fungsi hiburan dan multimedia yang hebat.

Special 1 : Say-and-Play
Fungsi ini membolehkan anda membuat carian lagu yang terdapat di dalam senarai lagu dengan menggunakan teknologi 'Voice Recognition'.

Special 2 : Contacts Bar
Nokia 5630 XpressMusic menyokong plugin Active Standby yang dipanggil 'Contacts Bar'. Anda boleh mengakses sehingga 20 nombor contact dengan lebih pantas melalui interface Homescreen.

SPESIFIKASI HANDPHONE NOKIA 5630 XPRESSMUSIC
Band = GSM 850/900/1800/1900 & WCDMA 900/2100
Ukuran = 112 x 46 x 12mm
Berat = 83g
Skrin = 2.2 inci TFT
Warna = 16 juta
Resolusi = 320 x 240 piksel
Kamera = 3.2 Megapiksel, auto fokus, dual LED flash
Memori = 60MB / microSDHC ( sehingga 16GB)
Fungsi Lain = Radio FM, N-Gage platform, WiFi, butang kawalan muzik

HTC Touch Cruise 09



HTC telah memperkenalkan model terbarunya HTC Touch Cruise 09 yang lebih moden dan bergaya. Handphone ini menggunakan sistem Windows Mobile 6.1 Professional dan memfokuskan kepada fungsi GPS sebagai keunggulan modelnya. Ini kerana ia dibekalkan dengan Advanced Navigation System dan HTC Footprints bagi membolehkan anda menyemak lokasi dengan pantas. Selain daripada itu, HTC Touch Cruise 09 ini menyokong kepantasan HSDPA.


Bersama-sama kotak jualan handphone ini biasanya disertakan pelbagai aksesori seperti :
* Kabel USB / charger
* AC power adapter dengan sambungan USB
* DC power adapter
* Stereo headphones
* MicroSD 1GB
* Pouch


Reka Bentuk
Model HTC Touch Cruise 09 ini lebih kecil berbanding model Touch Cruise pertama. Reka bentuknya juga lebih bergaya di mana di bahagian bucu handphone direka bulat. Handphone ini berukuran 102 x 53.5 x 14.5mm dan seberat 103g.

Skrin Sentuh
Handphone ini merupakan ahli keluarga skrin sentuh, maka ia masih mendominasi fungsi ini di mana ia disediakan dengan skrin sentuh berukuran 2.8 inci dan didatangkan dengan material TFT 65,536 warna beresolusi 320 x 240 piksel.


Lensa Kamera & Speaker
Lensa kamera bagi handphone HTC Touch Cruise 09 ini terletak di bahagian belakang handphone. manakala berhampirannya pula ialah speaker handphone.


Bahagian Atas Handphone
Pada bahagian atas handphone ini cuma terdapat butang ON/OFF sahaja.

Bahagian Bawah Handphone
Pada bahagian bawah pula terletaknya port untuk sambungan USB, pengecas bateri dan juga headphone.



Sisi Handphone
Pada bahagian sisi handphone ini tidak disediakan banyak butang, hanya di sisi kiri sahaja disediakan dengan butang untuk laras volume.

Active Matrix

Ia merupakan teknologi LCD yang memberikan hasil paparan dengan contrast lebih tinggi serta ketajaman warna berbanding kualiti LCD biasa. Active matrix ini sama dengan kualiti TFT.

IrDA (Infrared Data Association)

Merupakan organisasi pembangunan standard untuk pindahan data secara wayarles antara peranti melalui gelombang cahaya infrared. Komunikasi infrared ini secara langsung iaitu one-to-one, di mana data boleh dipindahkan hanya antara dua peranti pada satu masa dan ia juga memerlukan jarak yang paling dekat antara satu sama lain. Untuk menggunakan fungsi ini, kedua-dua peranti hendaklah memiliki infrared.

Screen Saver

Screen saver ialah imej animasi yang aktif pada skrin apabila pengguna tidakmenjalankan sebarang aktiviti pada handphone mengikut jangka masa yang ditetapkan. Kebanyakan handphone ketika ini menyokong penggunaan screen saver. Namun penggunaan screen saver ini memerlukan ketahanan bateri kerana lagi besar saiz imej yang dipaparkan semakin banyak tenaga bateri yang digunakan.
Related Posts with Thumbnails