Halaman

i-Mobile perluas fungsi teknologi telefon bimbit

SYARIKAT pembekal telefon bimbit, Smart I-Mobile Public Company Limited mengalu-alukan sokongan daripada rakan kongsi serta pengedar untuk mengedarkan produk mereka.

Pada masa yang sama, syarikat tersebut turut mengumumkan perluasan rangkaian pasarannya ke beberapa negara seperti Brazil, negara Eropah Barat dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menerusi penumpuan kepada beberapa strategi.


Strategi berkenaan melibatkan beberapa aplikasi teknologi moden yang mula diperkenalkan seperti keunggulan paparan imej pada skrin, kesan bunyi menarik, mod kad SIM dual, skrin sesentuh mudah serta mengetengahkan piawaian perkhidmatan berkualiti .

Sebagai implementasi kepada kesemua teknologi tersebut, syarikat itu telah memperkenalkan lapan model terbaru untuk telefon bimbit mereka iaitu i-mobile 106C, i-mobile 232CG, i-mobile TV536, i-mobile TV620, i-mobile TV628, i-mobile TV638CG, i-mobile TV550 Touch dan i-mobile TV650 Touch.

Memegang moto Merealisasikan Keperluan Anda, fokus utamanya lebih diberikan kepada kualiti produk yang diselaraskan bersama kandungan aplikasi mobiliti mudah alih serta perkhidmatan pelanggan terbaik.

Presiden Samart I-Mobile Public Company Limited, Thananan Vilailuck berkata, pihaknya menyasarkan penjualan melebihi lima juta unit telefon bimbit tahun ini dengan 2.7 juta untuk pasaran domestik dan 2.3 juta untuk pasaran antarabangsa.

''Menerusi strategi baru ini, kami sangat yakin mencapai pasaran jualan seperti yang disasarkan

''Dari segi reka bentuknya pula, kami telah berkerjasama dengan Celebrum Design bagi menjalankan kajian penghasilan rekaan unik untuk semua model telefon bimbit I-mobile,'' katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Samart I-Mobile Public Company Limited, Jong Diloksombat berkata, dalam usaha membekalkan pelanggan dengan perkhidmatan terbaik, pihaknya sedang meningkatkan keupayaan pelbagai rangkaian operasinya seperti kedai i-mobile, francais dan pelaburan dalam pasaran.

Maklumat lanjut mengenai kesemua telefon bimbit tersebut boleh diperoleh di laman web www.i-mobilephone.com.

0 komen:

Catat Ulasan

Catat Ulasan



Related Posts with Thumbnails