Halaman

Samsung S8300 UltraTOUCH


Model handphone Samsung S8300 UltraTOUCH merupakan handphone slider yang sangat cantik dan dilengkapi dengan kemudahan full-touch. Samsung sebenarnya ingin menyampaikan visi terbaru full-touch dengan gaya dan reka bentuk tersendiri. Maka jika dibandingkan dengan model Ultra terdahulu, Samsung UltraTOUCH ini sempurna dari segi gaya, reka bentuk dan teknologinya.


Lensa Kamera
Handphone ini dilengkapi dengan lensa kamera 8.0 megapiksel yang terletak di bahagian belakang handphone bersama-sama dengan LED flash dan cermin penggambaran diri.


Paparan Handphone
Samsung S8300 ini didatangkan dengan skrin seluas 2.8 inci dan diperbuat daripada material AMOLED 16 juta warna serta resolusi 240 x 400 piksel. Dengan kualiti sebegini membuatkan hasil paparan di handphone lebih jernih.


Reka Bentuk
Handphone jenis slide ini direka tanpa butang navigasi, ini bagi menonjolkan fungsi full-touch handphone ini dan apa yang disediakan hanyalah butang Back, Call dan End Call. Samsung S8300 ini mempunyai ukuran 110 x 51.5 x 12.7mm.

Radio FM
Anda boleh menyimpan sebanyak 99 buah stesen radio dalam memori handphone ini. Melalui fungsi radio ini, anda juga boleh jalankan fungsi auto-tuning yang memudahkan anda mencari stesen radio. Fungsi radio ini juga boleh dimainkan pada background.

Teknologi Penggambaran
Dengan menggunakan fungsi full-touch lebih mudah untuk anda memilih setting kamera. Fungsi penggambaran dengan kamera 8 megapiksel ini dilengkapi dengan teknologi penggambaran seperti Face Detection, Smile Mode, Anti Shake dan Blink Detection. Selain daripada itu, ia turut dilengkapi dengan White Balance, Effects, Shooting Mode dan banyak lagi.

RSS Reader
RSS Reader ini bekerja dengan web browser, jadi untuk menggunakan fungsi ini anda perlu aktifkan fungsi internet terlebih dahulu.

SOS Message
Handphone Samsung S8300 UltraTOUCH ini juga masih mengekalkan fungsi bantuan ketika kecemasan iaitu SOS Message. Melalui fungsi ini, apabila dalam kecemasan anda hanya perlu tekan butang volume sebanyak empat kali maka mesej kecemasan akan dihantar ke nombor yang telah anda setkan.

Video Editor
Samsung S8300 UltraTOUCH ini tidak ketinggalan menyediakan fungsi video editor untuk kemudahan anda mengedit video clips kegemaran. Anda boleh menambah sound track pada video, trim dan sebagainya.

Permainan
Untuk keseronokan berganda, handphone ini menawarkan permainan yang menarik dan menyeronokkan. Antara permainan tersebut ialah Diamond Twisster, Millionaire 3, Brain Challenge dan PyramidBloxx.

Mobile Tracker
Sekiranya handphone anda dicuri atau hilang, aplikasi Mobile Tracker akan membantu anda mendapatkan semula handphone anda. Ini kerana apabila handphone ditukar kad SIM, maka ia akan menghantar mesej pemberitahuan kepada nombor yang telah anda setkan. Aplikasi ini dilindungi dengan password jadi tiada siapa mengetahuinya kecuali anda.

SPESIFIKASI HANDPHONE SAMSUNG S8300 ULTRATOUCH
Band = GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 900/1200
Saiz = 110 x 51.5 x 12.7mm
Berat = 105g
Masa Bual = GSM (3 jam), UMTS (1.8 jam)
Masa Tunggu = GSM (200 jam), UMTS (185 jam)
Fungsi Lain = Skrin sentuh 2.8 inci AMOLED 16 juta warna, resolusi 240 x 400 piksel, radio FM, MP3, SMS/MMS/E-mail, JAVA, bluetooth, WAP 2.0, GPRS, EDGE, HSDPA, kabel USB, kamera 8 megapiksel auto fokus, flash, rakaman video, memori dalaman 80MB, microSD.

Harga = RM 1899

0 komen:

Catat Ulasan

Catat Ulasan



Related Posts with Thumbnails