Halaman

Sony Ericsson W995


Pilihan Warna Menarik
Sony Ericsson W995 menyediakan tiga warna kerangka yang menarik bagi menepati citarasa anda iaitu Progressive Black, Cosmic Silver dan Energetic Red. Cosmic Silver akan menggunakan logo 'Walkman' berwarna jingga, manakala Progressive Black dan Energetic Red pula akan menggunakan logo ' Walkman' berwarna biru!


Lensa kamera Simple
Walaupun Sony Ericsson W995 menyediakan kamera beresolusi 8.1 megapiksel denga fungsi penggambaran mirip siri Cyber-Shot, penampilan lensa kamera handphone ini kelihatan sangat simple. Lampu flash LED turut disediakan bagi membolehkan anda mendapatkan hasil gambar yang lebih baik walaupun dalam persekitaran yang gelap.

Skrin Berkualiti


Paparan skrin berukuran 2.6 inci dengan permukaan kalis calar membantu anda untuk mendapatkan pengalaman mendengar muzik dan menonton video dengan lebih baik. Ini dibantu lagi dengan fungsi 'Kick Stand' dan 3.5mm audio jack yang disediakan.











Special 1 ; Kick Stand
Seperti model Nokia N96, Sony Ericsson W995 turut menyediakan kick stand yang membolehkan anda menonton video atau mendengar muzik tanpa perlu memegangnya. Fungsi ini sangat inovatif dan juga praktikal untuk digunakan.


Special 2 : 3.5mm Audio Jack
Sony Ericsson W995 merupakan handphone pertama keluaran Sony Ericsson yang menyokong penggunaan port audio jenis 3.5mm! Malah ia juga didatangkan dengan headset khas yang menggunakan teknologi Noise Cancelling bagi memastikan bunyi yang lebih berkualiti.

Special 3 : Media Go
Aplikasi ini mampu membantu anda untuk melakukan proses pemindahan data dari komputer ke handphone anda dengan lebih baik. Malah ia juga mampu menyokong penghantaran data denga pelbagai cara, sama ada menggunakan sambungan WiFi, bluetooth atau kabel.

SPESIFIKASI HANDPHONE SONY ERICSSON W995
Band = GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 900/2100
Ukuran = 97 x 49 x 15mm
Berat = 113g
Skrin = 2.6 inci TFT
Warna = 262,144
Resolusi = 240 x 320 piksel
Kamera = 8.1 Megapiksel, auto fokus, digital zoom 16x, LED flash
Memori = 118MB / Memory Stick Micro (M2)
Fungsi Lain = Radio FM, WiFI, Accelerometer, A-GPS, 3.5mm audio jack, Media Go, Motion Gaming

Nokia 6124 Classic


Nokia 6124 Classic merupakan versi peningkatan dari model Nokia 6120 Classic. Fungsi terbina dalam yang diubah sebenarnya tidaklah banyak. Walaupun penampilan 6124 Classic berbentuk lurus yang klasik namun ia masih mengekalkan fungsi pelayaran web 3.5G, platform sistem operasi Symbian S60, kamera 2.0MP, siaran muzik dan servis perbualan 3G.

Keseluruhan handphone ini berwarna hitam dipadankan dengan hiasan tepi berwarna perak. Rekaan di bahagian belakang handphone lebih segar dan kemas dari model 6120 Classic. Nokia 6124 Classic mempunyai kamera jenis CMOS 2.0MP di tengah penutup kerangka. Lubang speaker pula terletak di bahagian sisi handphone, juga terdapat slot untuk kad memori jenis microSD.

SPESIFIKASI HANDPHONE NOKIA 6124 CLASSIC

Band = GSM 850/900/1800/1900/WCDMA/HSDPA 900/2100
Saiz = 105 x 46 x 16mm
Berat = 93g
Masa Tunggu = 230 jam
Masa Bual = 3.1 jam
Kamera = 2.0MP
Kamera (3G) = 0.1MP
Lampu Flash/Zoom = Ada
Auto Fokus = Tiada
Format Rakaman Video = MPEG4, 3GPP
Format Video = MPEG4, 3GP, Real codecs
Skrin = 2 inci 16 juta warna TFT
Piksel = 240 x 320 piksel
Skrin Sentuh = Tiada
Nada Dering = 64 Polifonik, MP3, AAC, MIDI
Pemain MP3 = Ada
Ringtone Download = Ada
FM Radio/Permainan = Ada
Memori = 35MB
Kad Slot = MicroSD, maksimum 8GB
Bluetooth = Ada, sokong A2DP
Infrared = Tiada
USB = Ada (mini USB)
JAVA = MIDP 2.0
Mesej = SMS, MMS, E-mail, AMS
GPRS = Class 32
WAP = WAP 2.0
Prosessor = ARM 11
Platform = Symbian S60 v9.2
Mod Penerbangan = Ada
Wi-Fi = Tiada
Dail Suara/Pembesar Suara/Rakaman Suara = Ada
Pembaca Fail = Excel, PDF, Word, PowerPoint, Zip

Tips memilih handphone muzik

(1) Bagi menjamin agar boleh mendengar muzik dengan mudah, alangkah bagusnya jika kita hanya perlu menekan satu butang ke media player tanpa perlu masuk ke menu lain. Jadi kita perlulah memilih handphone yang menyokong penggunaan butang dedikasi muzik.

(2) Anda juga hendaklah memilih handphone @ pemain muzik yang boleh memainkan lagu dalam pelbagai format.

(3) Anda perlu memilih handphone yang menggunakan bateri yang mempunyai ketahanan masa yang panjang.

(4) Pilih handphone yang mampu menyokong penggunaan memori yang besar. Ini bagi membolehkan anda menyimpan lebih banyak fail muzik.

(5) Untuk memudahkan proses penghantaran @ pemindahan fail muzik, pastikan handphone berkenaan mempunyai pelbagai kaedah sambungan seperti kabel USB, infra red, bluetooth, kad memori, WLAN dan internet.

(6) Pilihlah handphone yang memiliki kualiti speaker yang baik.

(7) Pilih handphone yang memiliki teknologi terbaru seperti Shake Control, TrackID, Music Recognition dan sebagainya.

(8) Pilih handphone yang mempunyai fungsi download muzik yang disediakan dengan harga yang berpatutan.

i-mobile TV530


Jika anda mahukan sebuah handphone simple tapi mempunyai fungsi untuk menonton TV, anda boleh dapatkan handphone i-mobile TV530 ini. Dari segi rekabentuk memang simple, tetapi ia mempunyai fungsi dalaman yang boleh dikatakan begitu menyeronokkan. Antaranya pemain muzik MP3, photo editor, kamera dan sebagainya.


TV Function
Handphone ini dilengkapkan denga fungsi TV yang boleh anda akses di mana sahaja anda berada. Ini kerana ia memiliki built-in TV antenna dan tidak memerlukan anda install software khas. Anda boleh mencari siaran TV secara manual atau auto search. Paparan skrin TV boleh anda tontoni secara menegak atau melintang. Menariknya dengan fungsi TV ini ialah anda boleh setkan reminder untuk siaran TV yang anda suka dengan settingkan masa dan tarikh serta channelnya.


Skrin
Kualiti skrin handphone i-mobile TV530 ini berukuran 2.4 inci menggunakan material TFT 256,000 warna dengan resolusi 240 x 320 piksel.

Susunan Keypad
Susunan keypad handphone ini agak kecil dan disusun secara rapat antara satu sama lain. Jadi tidak selesa bagi pengguna yang memiliki jari agak besar.


Lensa Kamera Dan Speaker
Lensa kamera 0.3 Megapiksel ini terletak di bahagian belakang handphone dan berhampiran dengan lensa kamera pula terletaknya speaker handphone.


Sisi Kiri Handphone
Di bahagian kiri handphone ini terletaknya port 3.5mm audio jack untuk kegunaan earphone. Terdapat juga port untuk kad memori jenis microSD.


Mendengar Muzik
Pemain muzik handphone ini mempunyai dua pilihan display yang membuatkan interface paparannya lebih cantik dan menarik. Ia juga mempunyai setting yang memudahkan seperti shuffle, repeat serta tambahan sound effect iaitu pilihan equalizer. Pemain muzik ini boleh memainkan muzik dalam mod background.

SPESIFIKASI HANDPHONE i-mobile TV530
Band = GSM 900/1800
Saiz = 112 x 50 x 16.4mm
Berat = 105g
Masa Bual = 3.3 jam
Masa Tunggu = 300 jam
Fungsi Lain = Radio FM, bluetooth, GPRS, WAP 2.0, USB, SMS/EMS/MMS, rakaman video, memori dalaman 200kb, 64 polifonik
Harga = RM 499

Tips merawat LCD handphone


(1) Jika anda membeli handphone baru, sebaiknya jangan terburu-buru mengikut trend untuk menukar lampu pada skrin handphone. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan jaminan dari pengedar. Jika proses pemasangan lampu LCD dilakukan kurang cermat, ia boleh menyebabkan kerugian berganda. Selain handphone rosak, LCD belum tentu akan kembali seperti sedia kala.

(2) Handphone yang mencapai usia dua tahun atau lebih akan mengalami penurunan kemampuan pada LCDnya. Jika LCD makin kabur, anda perlu menggantikan LCD tersebut dengan segera.

(3) Jangan selalu menggoncang handphone anda kecuali jenis handphone yang dilengkapi aplikasi yang tahan goncangan seperti Motion Sensor. Jika kerap dilakukan LCD akan mengalami kerosakan.

(4) Jangan biarkan LCD handphone anda tertekan atau ditekan. Ini sangat penting kerana jika LCD handphone anda mengalami tekanan yang kuat, ia akan mengeluarkan cecair yang menyebabkan LCD handphone anda akan menjadi blank.

(5) Jangan biarkan LCD handphone anda terkena pancaran cahaya matahari secara terus atau terkena panas atau suhu terlalu sejuk. Ini kerana ia akan mengurangkan tenaga dan kualiti cecair kristal pada LCD tersebut.

(6) Jika anda ingin menggantikan casing, carilah casing yang ukurannya sepadan sebagaimana casing original. Ini kerana ukuran casing yang bukan original biasanya terlalu rapat dan akan menekan LCD handphone. Jadi anda perlulah perhatikan jarak casing depandepan dengan LCD anda.

10 tips menjaga handphone


1. Jika anda mempunyai kad SIM baru, maka anda hendaklah mendaftarkannya terlebih dahulu.

2. Aktifkan fungsi keselamatan seperti PIN code atau code PhoneLock sebelum akses handphone. Langkah ini untuk menjaga handphone anda dari diakses oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


3. Aktifkan fungsi Keypad Lock secara automatik, ini bagi mengelak anda tertekan butang Call secara tidak sengaja.

4. Selalu cas handphone apabila bateri hampir habis atau betul-betul habis. Jika andamengecas handphone sebelum bateri habis sepenuhnya, ini menyebabkan bateri handphone anda cepat rosak.

5. Gunakanlah bateri original dan berkualiti. Selain daripada menjaga handphone agar tetap sihat ia juga turut menjaga bateri agar tahan lama.

6. Jika anda sering meletakkan handphone anda di merata tempat, ubahlah tabiat anda sekarang. Ini kerana ia boleh merosakkan kerangka handphone jika tidak sengaja terpijak atau terduduk atas handphone tersebut. Anda juga boleh gunakan sarung handphone untuk melindunginya.

7. Jika handphone anda kelihatan kotor, bersihkan ia dengan menggunakan kain lembut. Jangan gunakan air untuk membersihkannya agar dapat menjaga komponen handphone dari rosak.

8. Letakkan handphone anda di tempat yang mempunyai suhu normal supaya komponen handphone anda tidak berlaku pengewapan.

9. Jika anda merasakan suhu handphone terlalu panas setelah anda menggunakannya, anda dinasihatkan mematikan handphone tersebut bagi menjaga komponen handphone tersebut agar tidak mudah rosak.

10. Jangan sengaja atau tidaksengaja jatuhkan, baling atau dekatkan handphone anda dengan api, atau membiarkan terdedah kepada terik cahaya matahari seperti meninggalannya di dalam kereta. Ini juga bagi mengelakkan dari handphone anda dicuri serta kerosakan pada kereta anda itu sendiri.

Touch Dialing

Memudahkan anda mendail nombor dengan hanya menekan beberapa saat kekunci 0-9 pada skrin sentuh handphone.

Punca bateri handphone cepat lemah



Mengaktifkan infra red
Infra red merupakan salah satu media bagi menghubungkan handphone dengan peranti lain. Ketika mengaktifkan infra red, tentunya tenaga bateri banyak terbuang untuk menjalankan proses tersebut.

Mengaktifkan EFR (Enhanced Full Rate)
Jika suara pada handphone kurang baik, fungsi EFR boleh diaktifkan. Tetapi untuk aktifkan volume handphone ia memerlukan kuasa yang lebih besar dari sebelumnya.

Game, MP3, Radio, Bluetooth
Ketika kita bermain game, bateri handphone mengeluarkan tenaga hampir sama seperti ketika kita sedang menelefon. Begitu juga ketika anda menjalankan fungsi lain seperti mendengar radio, menggunakan bluetooth dan juga MP3.

Nyalakan Backlight pada siang hari
Apa gunanya menyalakan lampu display pada siang hari. Jadi jika mahu bateri tahan lebih lama, anda matikan atau kurangkan kadar brightness backlight pada waktu siang dan nyalakan semula apabila waktu malam.

Menelefon dalam keadaan bergerak
Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apalagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak.

Aktifkan fungsi vibrate
Fungsi vibrate memerlukan kuasa bateri yang besar, jika kuasanya kurang maka kadar getaran akan kurang atau tidak berfungsi.

Jalankan aktiviti berganda
Kini handphone boleh menjalankan aktiviti berganda, misalnya mendengar MP3 sambil bermain game atau mengirim mesej. Aktiviti berganda sebegini secara automatik akan memakan tenaga bateri yang lebih besar.

Cara memanjangkan hayat bateri handphone



1. Off handphone ketika mengecas
Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya dalam keadaan OFF. Ini kerana ketika handphone ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri bateri akibat daripada penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

2. Jangan selalu cas di kereta
Ketika mengecas handphone dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

3. Habiskan bateri sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untukmenghidarkan dari terjadi memory effect.

4. Cas pertama kali mesti full
Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk kali pertama sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang (seperti disyorkan).

5. Sentiasa kawal
Jika kita mengecas terlalu lama juga tidak baik untuk bateri kerana ia boleh merosakkan komponen di dalamnya. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya kerana masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.
Related Posts with Thumbnails