Halaman

i-mobile TV530


Jika anda mahukan sebuah handphone simple tapi mempunyai fungsi untuk menonton TV, anda boleh dapatkan handphone i-mobile TV530 ini. Dari segi rekabentuk memang simple, tetapi ia mempunyai fungsi dalaman yang boleh dikatakan begitu menyeronokkan. Antaranya pemain muzik MP3, photo editor, kamera dan sebagainya.


TV Function
Handphone ini dilengkapkan denga fungsi TV yang boleh anda akses di mana sahaja anda berada. Ini kerana ia memiliki built-in TV antenna dan tidak memerlukan anda install software khas. Anda boleh mencari siaran TV secara manual atau auto search. Paparan skrin TV boleh anda tontoni secara menegak atau melintang. Menariknya dengan fungsi TV ini ialah anda boleh setkan reminder untuk siaran TV yang anda suka dengan settingkan masa dan tarikh serta channelnya.


Skrin
Kualiti skrin handphone i-mobile TV530 ini berukuran 2.4 inci menggunakan material TFT 256,000 warna dengan resolusi 240 x 320 piksel.

Susunan Keypad
Susunan keypad handphone ini agak kecil dan disusun secara rapat antara satu sama lain. Jadi tidak selesa bagi pengguna yang memiliki jari agak besar.


Lensa Kamera Dan Speaker
Lensa kamera 0.3 Megapiksel ini terletak di bahagian belakang handphone dan berhampiran dengan lensa kamera pula terletaknya speaker handphone.


Sisi Kiri Handphone
Di bahagian kiri handphone ini terletaknya port 3.5mm audio jack untuk kegunaan earphone. Terdapat juga port untuk kad memori jenis microSD.


Mendengar Muzik
Pemain muzik handphone ini mempunyai dua pilihan display yang membuatkan interface paparannya lebih cantik dan menarik. Ia juga mempunyai setting yang memudahkan seperti shuffle, repeat serta tambahan sound effect iaitu pilihan equalizer. Pemain muzik ini boleh memainkan muzik dalam mod background.

SPESIFIKASI HANDPHONE i-mobile TV530
Band = GSM 900/1800
Saiz = 112 x 50 x 16.4mm
Berat = 105g
Masa Bual = 3.3 jam
Masa Tunggu = 300 jam
Fungsi Lain = Radio FM, bluetooth, GPRS, WAP 2.0, USB, SMS/EMS/MMS, rakaman video, memori dalaman 200kb, 64 polifonik
Harga = RM 499

0 komen:

Catat Ulasan

Catat Ulasan



Related Posts with Thumbnails