Halaman

Sony Ericsson W995


Pilihan Warna Menarik
Sony Ericsson W995 menyediakan tiga warna kerangka yang menarik bagi menepati citarasa anda iaitu Progressive Black, Cosmic Silver dan Energetic Red. Cosmic Silver akan menggunakan logo 'Walkman' berwarna jingga, manakala Progressive Black dan Energetic Red pula akan menggunakan logo ' Walkman' berwarna biru!


Lensa kamera Simple
Walaupun Sony Ericsson W995 menyediakan kamera beresolusi 8.1 megapiksel denga fungsi penggambaran mirip siri Cyber-Shot, penampilan lensa kamera handphone ini kelihatan sangat simple. Lampu flash LED turut disediakan bagi membolehkan anda mendapatkan hasil gambar yang lebih baik walaupun dalam persekitaran yang gelap.

Skrin Berkualiti


Paparan skrin berukuran 2.6 inci dengan permukaan kalis calar membantu anda untuk mendapatkan pengalaman mendengar muzik dan menonton video dengan lebih baik. Ini dibantu lagi dengan fungsi 'Kick Stand' dan 3.5mm audio jack yang disediakan.











Special 1 ; Kick Stand
Seperti model Nokia N96, Sony Ericsson W995 turut menyediakan kick stand yang membolehkan anda menonton video atau mendengar muzik tanpa perlu memegangnya. Fungsi ini sangat inovatif dan juga praktikal untuk digunakan.


Special 2 : 3.5mm Audio Jack
Sony Ericsson W995 merupakan handphone pertama keluaran Sony Ericsson yang menyokong penggunaan port audio jenis 3.5mm! Malah ia juga didatangkan dengan headset khas yang menggunakan teknologi Noise Cancelling bagi memastikan bunyi yang lebih berkualiti.

Special 3 : Media Go
Aplikasi ini mampu membantu anda untuk melakukan proses pemindahan data dari komputer ke handphone anda dengan lebih baik. Malah ia juga mampu menyokong penghantaran data denga pelbagai cara, sama ada menggunakan sambungan WiFi, bluetooth atau kabel.

SPESIFIKASI HANDPHONE SONY ERICSSON W995
Band = GSM 850/900/1800/1900 & UMTS 900/2100
Ukuran = 97 x 49 x 15mm
Berat = 113g
Skrin = 2.6 inci TFT
Warna = 262,144
Resolusi = 240 x 320 piksel
Kamera = 8.1 Megapiksel, auto fokus, digital zoom 16x, LED flash
Memori = 118MB / Memory Stick Micro (M2)
Fungsi Lain = Radio FM, WiFI, Accelerometer, A-GPS, 3.5mm audio jack, Media Go, Motion Gaming

0 komen:

Catat Ulasan

Catat Ulasan



Related Posts with Thumbnails