Punca bateri handphone cepat lemah
Mengaktifkan infra red
Infra red merupakan salah satu media bagi menghubungkan handphone dengan peranti lain. Ketika mengaktifkan infra red, tentunya tenaga bateri banyak terbuang untuk menjalankan proses tersebut.
Mengaktifkan EFR (Enhanced Full Rate)
Jika suara pada handphone kurang baik, fungsi EFR boleh diaktifkan. Tetapi untuk aktifkan volume handphone ia memerlukan kuasa yang lebih besar dari sebelumnya.
Game, MP3, Radio, Bluetooth
Ketika kita bermain game, bateri handphone mengeluarkan tenaga hampir sama seperti ketika kita sedang menelefon. Begitu juga ketika anda menjalankan fungsi lain seperti mendengar radio, menggunakan bluetooth dan juga MP3.
Nyalakan Backlight pada siang hari
Apa gunanya menyalakan lampu display pada siang hari. Jadi jika mahu bateri tahan lebih lama, anda matikan atau kurangkan kadar brightness backlight pada waktu siang dan nyalakan semula apabila waktu malam.
Menelefon dalam keadaan bergerak
Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apalagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak.
Aktifkan fungsi vibrate
Fungsi vibrate memerlukan kuasa bateri yang besar, jika kuasanya kurang maka kadar getaran akan kurang atau tidak berfungsi.
Jalankan aktiviti berganda
Kini handphone boleh menjalankan aktiviti berganda, misalnya mendengar MP3 sambil bermain game atau mengirim mesej. Aktiviti berganda sebegini secara automatik akan memakan tenaga bateri yang lebih besar.
0 komen:
Catat Ulasan
Catat Ulasan