Tips menjaga data penting dalam handphone
1. Selalu pastikan proses sambungan dalam handphone anda. Bagi handphone yang canggih, pasti dilengkapi dengan kemudahan sambungan melalui Bluetooth atau infra red.
Jangan biarkan Bluetooth atau infra red dalam keadaan aktif, kerana handphone anda berkemungkinan akan dijangkiti virus atau dicerobohi oleh si pencuri @ hackers melalui sambungan tersebut.
Anda boleh mengubah setting pada handphone supaya setiap kali menerima data yang hendak ditransfer, perlu minta persetujuan dari anda terlebih dahulu. Jika anda menerima sebarang file melalui Bluetooth tetapi anda tidak mengenali si pengirimnya, abaikan sahaja.
2. Handphone biasanya dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih iaitu dengan menggunakan kod keselamatan yang biasanya disebut PIN (Personal Identification Number).
PIN ini berupa angka yang boleh anda buat sendiri. Selain itu, ada pula PIN2 yang berfungsi sebagai pelindung kedua. Biasanya dengan PIN2 anda dapat mengunci beberapa aplikasi yang ada dalam handphone tersebut.
Jika salah memasukkan kod PIN beberapa kali, maka anda akan diminta memasukkan kod PUK (Personal Unblocking Key). Biasaya kod ini disediakan oleh operator talian yang anda miliki.
3. Backup semua data yang ada dalam handphone ke dalam komputer. Ini sebagai langkah berjaga-jaga.
4. Ketika membawa handphone anda untuk diservis, jangan lupa mengeluarkan memory card yang ada di dalam handphone. Ini untuk mencegah data di dalam memory card anda disalin atau kehilangan memory card tersebut.
5. Jika anda hendak menjual handphone anda, lebih baik di delete semua data di dalam handphone tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, format memory card berulang kali kerana denga format berulang kali boleh menyebabkan data @ file di dalamnya benar-benar musnah. Ini kerana telah terdapat software yang dapat recover semula data yang telah didelete dari memory card.
1 komen:
Catat Ulasan
Catat Ulasan